Lawak Sengal-Sengal Ubi



Lawak Sengal 1

BiLa BeSaR NaNti

Seorang guru darjah 1 sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka bila dah besar nanti.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah cikgu. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".


"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi tingkap berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".


"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Nama Saya Seman bin Leman cikgu, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

**********************************************************************


Lawak sengal 2


BeRisTeRi TiGa


Pada suatu pagi yang xberapa nak sejuk cuacanya, 2 sahabat karib 
Abul  dan Abdul  yang perasan handsome lagi taf telah  keluar melaksanakan rutin harian mereka iaitu berjoging.

setelah penat berjoging dorang pun berehat di bawah pokok yang tidak diketahui jenis spesisnya. mereka pun berbual smbil bergelak ketawa. tanpa semena-mena si Abul telah bertanya kepada si Abdul  1 soalan yang sgt genius.



Abul
   : Wei, Abdul aku nk tnya ko 1 soalan ni

Abdul 
: tnya la soalan ape ? soalan georafi ke ?

Abul
    : tak2, aku nk tnya ko soalan critical thinking ni  "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?"

Abdul :
  gler dasyat soalan ko ni , critical jgak nk jwab soklan ko

Abul   :
jawabla cepat soklan aku tu

Abdul
  : susah siot soalan ko, ko bgtau ar snang, cpat ar ape jawpan dia, pasal ape lelaki perlu beristeri tiga wei Abul?

Abul 
   : jawapan dia sebab  kalau kawin satu isONE kalau kawin dua isTWO kalau kawin tiga barulah isTERI.....

=======================================================