Dialog Sengal Sam & Dol



========================================

SAM
: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu..Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!

==========================================


SAM
: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

==========================================

SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

==========================================


SAM
: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===========================================


SAM
: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM:Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

===========================================


SAM
: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

===========================================


DOL
: Kau ada AIDS kn???
SAM: Aku ada AIDS? Ish....mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===========================================


SAM
: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.

===========================================


SAM
: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!