Jawapan Isteri: Surat Rasmi Mohon Kahwin Lagi Satu


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Kemajlis yang dihormati
Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

1hb Mei 2006

Tuan,

PERKARA : PERMOHONAN TUAN UNTUK BERPOLIGAMI

Surat tuan bertarikh 31hb April 2006 berhubung perkara diatas adalah dirujuk.

2. Pihak kami mengalu alukan permohonan sebagaimana yang telah dikemukakan oleh pihak tuan tempoh hari. Dengan adanya permohonan tersebut, maka pihak kami telah dapat mengenal pasti sebab sebab mengapa pihak tuan telah menunijukkan kemerosotan prestasi kerja pihak tuan yang sungguh mengecewakan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

3. Pihak kami mendapati pihak Tuan telah tidak dapat mengawal emosi professional serta tidak dapat meningkatkan prestasi kerja akibat kelumpuhan didalam sistem saluran tuan. Mungkin peralatan kerja tuan kurang memuaskan. Mungkin juga akibat peralatan yang dipakai tuan sudah berumur lanjut dan tidak boleh digantikan dengan peralatan yang lebih berkuasa tinggi. Ini sungguh mengecewakan pihak kami yang mengharapkan kelebihan sebagaimana yang telah dijanjikan semasa mula mula kontrak kerja dipersetujui oleh pihak tuan pada masa syarikat mula ditubuhkan dahulu.

4. Ketidak upayaan tuan untuk memenuhi “job scope’ tersebutlah yang telah mengakibatkan pihak kami untuk berusaha mencari jalan keluar dengan mendapatkan riadah lain supaya dapat melupakan kesengsaraan akibat kegagalan pihak tuan untuk memuaskan aliran carta kerja yang memuaskan.

5. Sila ambil perhatian juga bahawa kereta besar, rumah besar itu adalah atas daya usaha pihak saya sendiri yang telah mengorbankan masa saya dengan bekerja sekeras kerasnya bagi menampung kekurangan yang diberikan oleh pihak tuan. Perkembangan saiz baju saya adalah kerana kurangnya aktiviti aktiiviti malaman yang tuan tidak dapat melaksanakan dengan jayanya.

6. Sebagaimana yang tuan juga sedia maklum, kuota yang dibenarkan boleh diambil atau dituntut sekiranya segala syarat syarat nyata kerja telah dipuaskan sepenuhnya oleh pihak tuan, yakni, pihak tuan haruslah mematuhi:

i. Mengikut undang undang yang telah termaktub dibawah kontrak kerja tuan, segala harta harta yang telah dikumpulkan bersama semasa perkongsian kita haruslah dibahagi sama rata mengikut modal yang dimasukkan iaitu, pihak saya 50%, pihak anak 25% dan pihak tuan hanya 10% memandangkan modal aliran kerja sebanyak 15% harus dikekalkan supaya organisasi kerja kami dapat terus berjalan. Jadi pihak tuan hanya berhak menuntut sebanyak 10% sahaja keatas segala harta yang didapati bersama termasuk ASB yang ada didalam nama kita bersama dan tuan hanyalah sebagai pemegang amanah sahaja.

ii. Mengikut undang undang juga pihak saya, harus menerima masa yang sama sepertimana yang saya telah biasa menerima sebelum pada kemasukan pihak ketiga. Ini adalah jelas termaktub didalam akta perkongsian yang sedia ada. Ini bermakna, pihak tuan tidak berhak mengurangkan sebarang masa sebagaimana yang diperlukan.

7. Sebarang kegagalan akan bermakna pihak tuan gagal melaksanakan job scope tuan sekali lagi, dan pihak kami berhak untuk mencri penganti pihak tuan yang tidak mampu menjalankan kerja kerja yang telah dipersetujui.

8. Tuan juga diingatkan bahwa tuan harus memastikan bahawa segala masa pihak tuan sebagaimana yang sepatutnya diberi sebagaimana yang telah dipersetujui tidak mengakibatkan pengurangan masa kerja oleh pihak tuan kepada pihak kami.

Untuk pengetahuan tuan, kuota yang telah dibenarkan syarikat adalah tertakluk kepada beberapa syarat syarat yang telah dinyatakan didalam undang undang syarikat semenjak
oleh itu, permohonan tuan untuk menambah cawangan adalah dengan ini ditolak!

Sekian, Terima Kasih.

“KEADILAN UNTUK SEMUA”

Yang Ikhlas,
Isteri binti Perempuan
 

HAHA!! Agak2 surat jawapan nih boleh diterima sang suami dengan redha tak ye?