Alkisahnyerr...
Korang pasti mengenali The Rock bukan? Antara penggusti terkenal dan berjaya dalam arena gusti Sebenarnya ada rahsia disebalik kejayaan The Rock . Korang nak tahu ? ni aku nak citer ckit rahsia kejayaan The Rock ialah pada masakannya. ya pada masakannya. Selain bergusti, tugas The Rock adalah untuk memasak makanan untuk ahli-ahli gusti yang lain seperti Stone Cold Steve Austin dan Big Show serta bos kesayangannya Mr.McMohan. The Rock akan mula memasak sebelum program WWE bermula dan selalunya masakan The Rock perlu didihkan selama 15-20 minit dan akan masak di akhir rancangan. Sementara menuggu masakannya mendidih hingga masak, masa inilah The Rock akan keluar dan bergusti.
Bila The Rock keluar dia akan bertanya dahulu kepada penoton “If you smell what The Rock is cooking?”, tujuannya tak lain dan tak bukan kerana the rock ingin meminta tolong penonton2 untuk sama2 menjaga masakan yg berada di atas dapur supaya tidak hangit. Jika ada bau nak masak atau hangit cepat2 jerit rocky. Jika makanan hangit maka pastinya The Rock akan dibelasah oleh rakan2 gusti yang lain.
Sebab itu penonton selalu menjerit rocky2 sebagai isyarat masakannya hampir masak dan supaya the rock gelabah pasal masakannya dan cepat2 belasah lawannya dan menang supaya dapat cepat2 pergi ke dapur. Kita selalu tengok kadang2 ada ahli gusti yang lain tiba datang dan kacau The Rock sewaktu perlawanannya. Sebabnya tak lain dan tak bukan kerana masakan The Rock sudah hangit dan ahli gusti yang datang kacau tu marah sebab tak dapat nak makan. Kesian The Rock.
0Komen2 Yang Best!