ada 26 orang gila mempunyai masalah mental yang tersangat serius. Mereka -mereka ini perlu menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka akhirnya telah dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika berada ruang di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat sangat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka kerana pesawat menjadi tidak stabil..
"Hoi! Bising sangat la! Jangan main bola ...dalam kapal terbang, faham tak!!!" jerit co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten mula berasa curiga lagi musykil kerana situasinya terlalu tenang. Sementelah itu, dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut beruk! Orang gilanya hanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain mana?"
Maka salah seorang orang gila yang masih ada pun menjawab.
"Habis... da tak boleh main bola kat dalam kapal terbang, dorang semua main bola kat luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"
"Kan kami nie pemain simpanan...".
Anda Suka Lawak Godam ni? Jom kongsi dengan rakan2~
Blog ini akan berkongsikan segala jenis lawak pecah perut yang telah digadam secukup rasa dari artikel, gambar, dialog, teka-teki, video, ape2 pun yang pastinya memang lawak , dan sebagai tanda support terhadap blog ini, kalau korang ternampak ada iklan kat blog ni. korang klik lah salah satu dari iklan terpapar ye . : tq diucapkan dan jangan lupa singgah la selalu ye :)
0Komen2 Yang Best!